Share on LinkedInShare on LinkedIn

ARTICLE · 21 JUNE 2017

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Komited Untuk Membanteras Kegiatan Wang Haram Dan Pembiayaan Keganasan

Sebagai ahli beberapa badan-badan piawaian penetapan antarabangsa, khususnya APG on Money Laundering dan FATF, Labuan FSA komited untuk memerangi apa-apa aktiviti pengubahan...

MalaysiaGovernment, Public Sector

Sebagai ahli beberapa badan-badan piawaian penetapan antarabangsa, khususnya Asia/Pacific Group on Money Laundering (APG) dan Financial Action Task Force (FATF), Labuan FSA komited untuk memerangi apa-apa aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Berhubung berita baru-baru ini yang melaporkan wang hasil kegiatan haram yang diperolehi melalui skim pelaburan palsu dan disimpan di Labuan IBFC untuk digunakan, antara lain, bagi menyokong dana politik untuk pihak-pihak tertentu di negara ini dan juga bagi disalurkan kepada aktiviti kumpulan militan, Labuan FSA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu atau entiti Labuan jika mereka melanggar undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengubahan wang haram. Labuan FSA ingin menegaskan bahawa dengan rejim pengawalan dan penyeliaan yang ketat, termasuk larangan urus niaga secara tunai di Labuan IBFC;

We operate a free-to-view policy, asking only that you register in order to read all of our content. Please login or register to view the rest of this article.

See more popular content from